AM

Penguatkuasaan Lebih Ketat Bendung Buli - Pemangku Sultan Johor

19/08/2025 06:05 PM

JOHOR BAHRU, 19 Ogos (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar  langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dilaksanakan segera berikutan kejadian buli yang kerap berlaku kebelakangan ini. 

Baginda bertitah buli harus dibendung segera bagi memastikan setiap institusi pendidikan menjadi kawasan yang selamat bagi kanak-kanak.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian selepas melawat seorang murid darjah empat  yang dilaporkan menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Skudai, yang mengakibatkannya mengalami gegaran otak sehingga menjejaskan kehidupannya.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke Hospital Pakar Puteri di sini Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata tujuh individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes buli murid lelaki itu. 

Beliau berkata ia melibatkan pegawai perubatan yang merawat mangsa, murid sekolah yang menjadi saksi kejadian serta ahli keluarga mangsa. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan