JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyampaikan sumbangan peralatan perubatan melibatkan katil pesakit, kerusi sofa boleh laras dan inkubator pengangkutan kepada Hospital Pontian.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pengarah Hospital Pontian Dr Parameswaran Ramachandran.
“Selain itu, sebanyak 75 beg berisi sumbangan makanan dan kelengkapan diri turut diagihkan kepada pesakit yang dirawat di Wad Umum hospital berkenaan.
“YSIJ terus memperkukuh komitmen terhadap kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam bidang kesihatan dan perubatan,” menurut hantaran itu.
Beberapa foto berkenaan majlis itu turut dimuat naik dalam hantaran berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial