KUANTAN, 12 Ogos (Bernama) -- Deruman 25 motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab Motosikal Daz Bikers memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di Pahang menerusi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat negeri, hari ini.
Pengarah Jabatan Penerangan Pahang, Rohani Chik, berkata konvoi sejauh 600 kilometer itu akan menjelajah lima daerah di Pahang, membabitkan 13 kenderaan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri dengan penyertaan lebih 100 peserta.
“Selepas ini, konvoi akan bergerak ke Jerantut sebelum ke Lipis, Cameron Highlands dan berakhir di Bentong, di mana penyerahan akan dibuat kepada konvoi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya kepada Bernama dan RTM sebelum pelepasan konvoi di Kolej Komuniti Paya Besar, di sini, hari ini.
Beliau berkata KMJG bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, malah bertujuan memupuk semangat cintakan negara serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.
“Di lokasi pertama ini, kita meraikan Bulan Kebangsaan bersama pelajar Kolej Komuniti Paya Besar kerana mereka adalah generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Di Cameron Highlands nanti, kita akan bersama komuniti di Kampung Orang Asli Kuala Boh,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial