AM

KSN, KPM TINJAU ISU KELAS SESAK DI SMK KOTA KEMUNING DALAM MASA TERDEKAT

12/08/2025 07:35 PM

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bersama pimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) akan melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor bagi meninjau isu kepadatan pelajar dalam masa terdekat.

Beliau berkata lawatan ke sekolah berkenaan akan dilakukan sama ada pada minggu depan atau hujung bulan ini. 

“Saya akan bawa Ketua Pengarah Pendidikan (Dr Mohd Azam Ahmad) dan Ketua Setiausaha (Datuk Dr Aminuddin Hassim)," katanya di sini hari ini.

Lawatan itu susulan isu dibangkitkan seorang penjawat awam semasa sesi "Reformasi Satu Kemestian" Bersama KSN sempena setahun reformasi perkhidmatan awam, yang mendakwa kepadatan pelajar di sekolah anaknya yang mengandungi purata 45 hingga 47 orang dalam satu kelas menimbulkan ketidakselesaan dan  menyebabkan guru mengalami tekanan mental akibat bebanan kerja.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan