KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2026 kepada editor media di kementerian berkenaan di Putrajaya hari ini.
“Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang. Justeru, saya tegaskan, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.
“Insya-Allah, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan MADANI Keempat pada Jumaat ini, dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Anwar dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat Jumaat ini sekali gus menandakan permulaan hala tuju baharu bagi pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial