SUKAN

Badminton Remaja Dunia: Malaysia Tewaskan Kanada, Hampiri Suku Akhir

07/10/2025 10:07 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Skuad badminton negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025 dengan menewaskan Kanada 2-0 pada aksi kedua Kumpulan C di Guwahati, India hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Nasional, skuad negara mencatat kemenangan 45-20, 45-16 menggunakan format baharu kejohanan iaitu tiga set terbaik, dengan setiap set dimainkan hingga 45 mata.

Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Malaysia selepas menewaskan Slovakia 2-0 (45-23, 45-14) semalam, sekali gus meletakkan skuad negara di tangga teratas Kumpulan C.

Malaysia akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Australia esok. 

Hanya juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Pada edisi lepas di Nanchang, China, Malaysia menamatkan cabaran dengan meraih pingat gangsa selepas tumbang kepada tuan rumah pada aksi separuh akhir.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan