DUNIA

Bau Durian Cetus Beberapa Operasi Kecemasan Di Bandar Jerman

05/10/2025 08:33 PM

MAINZ (Jerman), 5 Okt (Bernama-dpa) -- Bau buah durian yang kuat mencetuskan beberapa siri operasi bomba di bandar Wiesbaden, barat Jerman, apabila pasukan bomba dipanggil empat kali pada Sabtu kerana kebimbangan orang ramai mengenai kebocoran gas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bau durian dari Asia Tenggara seumpama bau gas.

Pada petang Sabtu, bomba dimaklumkan mengenai laporan sebuah pusat beli-belah yang mempunyai bau gas. Alat pengukuran mereka bagaimanapun, tidak mengesan kehadiran gas, malah bangunan itu tiada sambungan gas.

Pada awal malam, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke pasar itu sekali lagi, dengan bau gas dapat dihidu sekali lagi. Semasa mencari di beberapa kedai berhampiran, anggota bomba dilaporkan menemui buah-buahan itu di sebuah pasar raya Asia. Sistem pengudaraan pusat beli-belah itu berkemungkinan menyebarkan bau ke seluruh bangunan, menurut mereka.

Dalam satu lagi operasi di sebuah bangunan kediaman lewat malam Sabtu, bomba mendapati sebiji durian menjadi pencetus bau gas di sana.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan