DUNIA

Angka Kematian Runtuhan Bangunan Sekolah Pondok Indonesia Meningkat Kepada 37

05/10/2025 02:40 PM

JAKARTA, 5 Okt (Bernama-Xinhua) -- Angka korban akibat runtuhan bangunan sekolah pondok di wilayah Jawa Timur, Indonesia meningkat kepada 37 orang, lapor Xinhua pada Ahad memetik pihak berkuasa penyelamat wilayah berkenaan.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jawa Timur, Nanang Sigit, dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu berkata kerja-kerja penggalian menghadapi kesukaran kerana mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kira-kira 25 lagi dilaporkan masih hilang dan angka korban dijangka terus meningkat.

Sebahagian bangunan bertingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di daerah Sidoarjo runtuh pada Isnin ketika kerja pengubahsuaian dilakukan tanpa kebenaran, menyebabkan puluhan pelajar terperangkap.

Pasukan penyelamat mengerahkan jentera berat pada Khamis selepas tiada lagi tanda-tanda kehidupan dikesan. Sebelum itu, mereka menjalankan kerja penggalian secara manual kerana bimbang penggunaan jentera berat boleh menyebabkan runtuhan tambahan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan