SEREMBAN, 4 Okt (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang konkrit pagar rumahnya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika mangsa sedang bermain dengan kakaknya.
“Ketika mereka bermain, tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang dan menghempap mangsa. Ibu kanak-kanak itu bergegas membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.14 malam.
“Hasil bedah siasat di Hospital Rembau mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain dikesan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan supaya memastikan struktur binaan di kediaman masing-masing dalam keadaan selamat bagi mengelakkan sebarang insiden.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial