DUNIA

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

03/10/2025 07:45 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas meraih peningkatan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 2.74 mata atau 0.16 peratus kepada 1,635.06 daripada 1,637.80 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 20.93 mata lebih rendah tinggi kepada 1,658.73, berubah-ubah antara 1,631.43 dan 1,658.73 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 521 berbanding 516 dengan 573 kaunter tidak berubah, 964 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.03 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 4.27 bilion unit semalam bernilai RM3.92 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup lebih tinggi, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh kenaikan dipacu saham teknologi di Wall Street dan keyakinan terhadap potensi berlaku penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata pelabur juga sedang menunggu data ekonomi baharu selepas kelewatan dalam laporan pekerjaan AS.

“Bagi bursa tempatan, kami melihat aktivti pengambilan untung hari ini sebagai pembetulan yang positif, membolehkan pasaran menyatukan kenaikan baru-baru ini dan membina asas yang lebih kukuh untuk trend menaik lebih mampan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Pakar Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata walaupun aktiviti pengambilan untung berlaku, pelabur asing terus menjadi pembeli bersih untuk sesi kedua berturut-turut.

Beliau berkata kaunter pengguna mendahului keuntungan, disokong oleh program BUDI95 yang telah meningkatkan kuasa beli isi rumah dan mengekalkan permintaan domestik.

“Pulangan aliran masuk asing yang stabil amat menggalakkan, menekankan daya tahan relatif Malaysia, penilaian menarik dan jangkaan langkah fiskal yang menyokong,” kata Mohd Sedek.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.00, Public Bank berkurangan tiga sen kepada RM4.34, CIMB meningkat lapan sen kepada RM7.68, Tenaga turun 18 sen kepada RM13.28 dan IHH Healthcare merosot 13 sen kepada RM8.13.

Bagi saham aktif, Borneo Oil dan Pharmaniaga tidak berubah masing-masing pada 0.5 sen dan 28 sen, VS Industry turun tiga sen kepada 57 sen, SCIB naik 4.5 sen kepada 21 sen, manakal Zetrix AI merosot setengah sen kepada 85 sen.

Antara kaunter untung adalah F&N, meningkat 56 sen kepada RM27.80, LPI menokok 36 sen kepada RM14.58, Hong Leong Industries melonjak 32 sen kepada RM14.20, United Plantations menambah 32 sen kepada RM23.30 dan Sam Engineering & Equipment mengukuh 27 sen kepada RM4.55.

Kaunter rugi pula menyaksikan Pacific Industries turun 52 sen kepada RM31.22, KLK merosot 34 sen kepada RM20.50, Allianz Malaysia menguncup 24 sen kepada RM18.50, Kluang Rubber merosot 22 sen kepada RM5.55 dan Tenaga berkurangan 18 sen kepada RM13.28.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.16 mata kepada 174.35, Indeks Tenaga melonjak 4.50 mata kepada 787.66, Indeks Perladangan menokok 6.91 mata kepada 7,796.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 23.58 mata kepada 18,602.40.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.49 bilion unit bernilai RM2.16 bilion berbanding RM3.40 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 933.77 juta unit bernilai RM152.93 juta daripada 1.18 bilion unit bernilai RM167.26 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 603.87 juta saham bernilai RM188.69 juta daripada 738.33 juta saham bernilai RM259.22 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 268.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (976.94 juta), pembinaan (88.29 juta), teknologi (314.80 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (59.42 juta), hartanah (232.74 juta), perladangan (14.62 juta), REIT (12.46 juta), dana tertutup (107,600), tenaga (266.04 juta), penjagaan kesihatan (109.58 juta), telekomunikasi dan media (51.08 juta), pengangkutan dan logistik (36.10 juta), utiliti (67.80 juta) dan amanah perniagaan (113,800 juta).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan