AM

PM Minta Washington Campur Tangan Bebaskan Sukarelawan GSF Daripada Tahanan Israel

02/10/2025 08:05 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi  Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio bagi menuntut campur tangan segera negara itu bagi membebaskan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel.

Beliau menyifatkan tindakan rejim Zionis menahan aktivis antarabangsa dan menghalang bantuan kemanusiaan daripada sampai ke Gaza sebagai bukti keruntuhan nilai kemanusiaan serta menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan Israel mesti dihentikan serta-merta.

“Setakat petang ini, saya telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Türkiye, Presiden Mesir dan Perdana Menteri Qatar bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan.

“Saya dan pasukan juga turut berhubung rapat dengan beberapa rakan lain termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan,” kata beliau menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Kenyataan Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan bahawa setakat 3.30 petang ini, seramai 15 sukarelawan kemanusiaan GSF rakyat Malaysia disahkan telah ditahan oleh tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dipintas.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan