DUNIA

Tourism Pahang Perkenal "Tarikan Tersembunyi" Kepada Pelancong India

26/09/2025 11:01 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 26 Sept (Bernama) -- Tourism Pahang menganjurkan siri jerayawara di New Delhi dan Chennai bagi menarik pelancong India untuk menerokai “tarikan tersembunyi” negeri itu, daripada khazanah eko-pelancongan hingga ke pulau indah dan pusat peranginan tanah tinggi.

Pegawai jabatan pelancongan bersama 15 wakil hotel, resort dan syarikat pelancongan mempersembahkan kepelbagaian tawaran Pahang - daripada pelancongan rel, perkahwinan destinasi hingga perjalanan perniagaan dan persidangan - kepada pengendali pelancongan serta syarikat penerbangan India.

Kempen promosi itu bermula di New Delhi pada Rabu dan berakhir di Chennai pada Jumaat.

“Kami berada di sini untuk memperkenalkan permata tersembunyi Pahang yang jarang diterokai seperti Pulau Tioman, Pantai Cherating, Bukit Fraser dan Taman Negara.

Kami yakin tawaran ini akan menarik minat keluarga dari India, pasangan bulan madu, kumpulan MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) malah perancang perkahwinan mewah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man.

Beliau berkata India merupakan antara pasaran sumber terpenting bagi Malaysia dan sambutan terhadap jerayawara negeri itu mencerminkan hakikat berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan