AM

Tentera Darat Sedia Sertai Sebarang Misi Pengaman Termasuk Ke Gaza

25/09/2025 08:24 PM

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Tentera Darat Malaysia (TDM) bersedia untuk menyertai sebarang misi pengaman termasuk kemungkinan penugasan ke Gaza, Palestin sekiranya diminta berbuat demikian.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bagaimanapun berkata sebarang penglibatan akan bergantung kepada keputusan kerajaan selain penilaian mengenai keberkesanan serta tahap keselamatan misi berkenaan.

Beliau berkata penilaian itu akan dibuat oleh kerajaan termasuk Kementerian Luar dan Markas Angkatan Bersama.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata Malaysia mempunyai banyak rekod dalam operasi pengaman antarabangsa dan TDM bersiap-sedia untuk menyumbang.

“Kami telah terlibat dalam operasi pengaman sejak 1960, bermula di Congo dan seterusnya di Somalia, Bosnia serta Kemboja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik (IPACC) ke-14, Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik (IPAMS) ke-49 dan Forum Pemimpin Kanan Tentera Darat (SELF) 2025 ke-11.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan