DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya

24/09/2025 09:38 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak kacang soya.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang turut menyokong pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,300 satu tan dan paras rintangan pada RM4,580 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat RM27 kepada RM4,331 satu tan, November 2025 naik RM37 kepada RM4,360 satu tan, manakala Disember 2025 bertambah RM36 kepada RM4,379 satu tan.

Kontrak Januari 2026 menokok RM36 kepada RM4,396 satu tan, Februari 2026 naik RM35 kepada RM4,396 satu tan dan Mac 2026 bertambah RM35 kepada RM4,378 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun turun kepada 57,779 lot berbanding 157,094 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 258,603 kontrak daripada 266,151 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM untuk Oktober Selatan meningkat RM30 kepada RM4,370 satu tan.

-- BERNAMA  

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan