AM

Projek Tapak Pelancar Roket Dilaksanakan Secara PFI - Chang

24/09/2025 09:01 PM

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Cadangan pembangunan tapak pelancar roket pertama Malaysia akan dijalankan menerusikan inisiatif kewangan swasta (PFI), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Beliau berkata model kewangan itu bertujuan mengelak membebankan kewangan kerajaan.

“Kami masih meneliti kajian kebolehlaksanaannya ketika ini. Setakat ini, kami telah menerima kajian kebolehlaksanaan daripada dua negeri, satu daripada Sabah dan satu lagi daripada Pahang. Kami masih menilai mereka dan akan mengambil masa,” katanya.

Chang berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025’ di sini hari ini.

Malaysia bersedia untuk menjadi negara pertama Asia Tenggara memiliki tapak pelancaran roket menjelang 2029, dengan tiga lokasi disenarai pendek iaitu di Pahang, Sarawak dan Sabah.

Pada 20 Sept lepas, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Datuk Azlikamil Napiah berkata projek itu selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 dan berpotensi menjana lebih RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar jika Malaysia mengukuhkan dirinya sebagai peneraju serantau dalam industri angkasa yang sedang berkembang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan