SUKAN

Terbuka Korea 2025: Jun Hao, Jin Wei Terkandas Pusingan Pertama

24/09/2025 09:32 PM

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pemain badminton perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao dan perseorangan wanita Goh Jin Wei terkandas pada pusingan pertama Terbuka Korea 2025 di Suwon Gymnasium, Suwon hari ini.

Jun Hao tewas kepada perseorangan Indonesia Alwi Farhan 19-21, 24-26 dalam pertemuan sulung mereka. 

Sementara Jin Wei ditundukkan 7-21, 15-21 oleh wakil tuan rumah Kim Ga Eun selepas 32 minit permainan.

Ini merupakan kekalahan kelima Jin Wei daripada enam pertembungannya dengan pemain nombor 19 dunia itu.

Dalam pada itu, perseorangan lelaki negara Justin Hoh akan bertemu pilihan utama Anders Antonsen dari Denmark pada pusingan kedua esok selepas menewaskan pemain China Wang Zheng Xing 21-6, 21-19.

Bagaimanapun, beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King tewas kepada pasangan Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung 18-21, 16-21, manakala perseorangan wanita K. Letshanaa turut dikecewakan pemain kesayangan tuan rumah yang mengungguli ranking dunia An Se Young 14-21, 9-21.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan