EKONOMI

ASEAN, CPTPP Akan Berdialog Pada November, Teroka Peluang Kerjasama

23/09/2025 10:35 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan mengadakan dialog rasmi pada 20 Nov 2025 bagi meneroka bidang kerjasama berpotensi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dialog rasmi berkenaan dipersetujui semasa perbincangan dalam kalangan menteri pada mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 di sini.

"Kami akan membincangkan beberapa bidang berpotensi untuk kerjasama dan kolaborasi ke tahap selanjutnya. Perbincangan ini akan dimulakan di peringkat pegawai kanan," katanya pada sidang media di sini.

CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani oleh 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, United Kingdom dan Vietnam.

Empat daripada 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah ahli CPTPP.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan