Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Penyelarasan Rantaian Bekalan ASEAN (ASCCC) yang ditubuhkan hari ini di bawah Rangkaian Pembuatan ASEAN bermatlamat memperkukuh kerjasama serantau merentasi pelbagai industri bagi meningkatkan kecekapan serta ketahanan rantaian bekalan.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia Tan Sri Nazir Razak berkata majlis itu akan dipengerusikan bersama dengan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
“Saya berasa ini merupakan platform baharu yang penting kerana kami mempunyai wakil daripada semua industri iaitu daripada tekstil hingga semikonduktor.
“Jadi, kami mampu memberikan maklum balas yang lebih berkesan dari lapangan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-Perundingan ASEAN-BAC ke-23 di di sini hari ini.
Terdahulu, dilaporkan FMM menggesa supaya kerjasama yang lebih erat dijalin bersama-sama ASEAN-BAC berhubung hal ehwal rantaian bekalan.
Satu daripada cadangannya iaitu penubuhan ASCCC, sebuah badan penyelarasan serantau yang khusus untuk memantau dasar, aliran dan cabaran, mengumpulkan agensi serta sektor swasta sambil menangani kejutan geopolitik dan ekonomi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial