Oleh K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran peningkatan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat di kebanyakan bursa utama, dipacu oleh penurunan yen, manakala harga minyak mentah yang kukuh turut meningkatkan sentimen pasaran.
"Harga minyak meningkat pada Isnin, didorong oleh ketegangan geopolitik di Eropah dan Timur Tengah, meskipun prospek peningkatan bekalan serta kebimbangan terhadap kesan tarif perdagangan ke atas bahan api global menjejaskan sentimen," katanya kepada Bernama.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent naik 0.51 peratus kepada US$67.02 satu tong.
Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh risiko geopolitik dan kebimbangan tarif perdagangan.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 10.5 sen kepada 737.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik tiga sen kepada 581.0 sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial