SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan bahawa paduka anakanda Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Okt ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah, Klang manakala Istiadat Persandingan Diraja serta Majlis Santapan Diraja berlangsung di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja Istana Alam Shah pada 22 Okt.
“Sehubungan dengan itu, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 Sept di seluruh masjid di negeri Selangor, dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor bagi memohon doa semoga istiadat perkahwinan dan majlis yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Sultan Selangor turut menzahirkan perkenan untuk berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Sept bersama Tengku Amir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial