AM

KPDN Gesa Syarikat Pengangkutan, Barangan Daftar SKPS

21/09/2025 10:01 AM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa syarikat pengangkutan darat awam dan barangan mendaftar menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi menikmati manfaat subsidi petrol RON95.

KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah kumulatif permohonan SKPS dari 15 Sept hingga semalam adalah sebanyak 1,790 syarikat melibatkan 5,449 kenderaan daripada sektor pengangkutan darat awam serta pengangkutan darat barangan.

Menurut laporan SKPS, sebanyak 164 syarikat membabitkan 249 kenderaan telah melengkapkan pendaftaran SKPS setakat semalam.

“Jumlah itu terdiri daripada 103 syarikat dengan 106 kenderaan dari sektor pengangkutan darat awam, manakala 61 syarikat dengan 143 kenderaan dari sektor pengangkutan darat barangan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, KPDN menganggarkan kira-kira 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak mendaftar menerusi SKPS bagi menikmati subsidi petrol RON95.

Permohonan pendaftaran SKPS boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan