KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki dan wanita kebangsaan masing-masing akan beraksi pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Siri Kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sebelah 2025 selepas berakhirnya peringkat kumpulan di Hangzhou, China hari ini.
Pasukan lelaki negara menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan kedua selepas mencatat dua kemenangan masing-masing ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) 21-15 dan Uzbekistan 21-12 sebelum tunduk kepada Hong Kong 0-59.
Skuad Bunga Raya 7s kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man itu dijadualkan membuat perhitungan menentang Taiwan pada pusingan kalah mati esok.
Sementara itu, pasukan wanita negara mengakhiri saingan Kumpulan D di tempat ketiga dengan satu kemenangan ke atas Sri Lanka 24-14 dan dua kekalahan masing-masing di tangan UAE (7-22) dan China 0-34, sekali gus menyaksikan mereka bakal berdepan cabaran Kazakhstan esok.
Sebagai rekod, hanya dua pasukan tercorot akan tersingkir daripada kejohanan dan beraksi pada saingan Trofi Cabaran Asia 7s.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial