AM

Mangsa Banjir Di PPS Sabah Berkurang, Sarawak Meningkat Petang Ini

20/09/2025 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di SABAH  berkurangan kepada 892 orang daripada 273 keluarga petang ini berbanding 1,476 orang daripada 459 keluarga, pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah hari ini memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS melibatkan tiga daerah termasuk Penampang, Membakut dan Papar.

“Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Membakut (390 mangsa) dan Papar (190 mangsa) menunjukkan trend penurunan, manakala jumlah mangsa di Penampang sebanyak 303 mangsa.  

“Bilangan kampung yang terjejas masih kekal 53 dengan 24 kampung di Penampang, 20 kampung di Papar serta sembilan di Membakut,” menurut kenyataan itu.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Marudi, Miri meningkat kepada 17 orang daripada lima keluarga setakat 4 petang ini berbanding 13 orang daripada tiga keluarga, pagi tadi.

Berdasarkan laman Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras sungai di stesen Long Teru dan Marudi masih di tahap bahaya walaupun tidak hujan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan