Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Unifi TV, platform bagi saluran premium dan aplikasi penstriman terbesar di Malaysia hari ini melancarkan pengalaman penstriman serba baharunya yang memberikan pengguna menikmati kawalan sepenuhnya ke atas pilihan kandungan tontonan mereka.
Menerusi pengalaman baharu ini, pengguna di seluruh negara kini boleh memperibadikan pakej kandungan mereka, bertukar antara saluran TV dan langganan over-the-top (OTT- perkhidmatan penstriman kandungan), serta mengakses hiburan bertaraf dunia secara lancar, semuanya menerusi satu platform bersepadu.
Aplikasi Unifi TV yang dinaik taraf kini menampilkan antara muka baharu dengan carian menyeluruh, cadangan kandungan diperibadikan serta penyelarasan automatik merentasi kotak Android TV, telefon pintar, tablet dan televisyen pintar.
“Pengguna boleh memilih daripada barisan kandungan premium yang luas termasuk Disney+ Hotstar, Netflix, HBO, beIN SPORTS, iQIYI dan banyak lagi, mengikut kesukaan masing-masing, sama ada filem pecah panggung, siaran sukan secara langsung, siri drama Korea, rancangan kanak-kanak mahupun anime semuanya dalam satu platform,” kata kenyataan itu.
Unifi TV berkata tawaran terbaharu ini adalah bebas kontrak, membolehkan pelanggan bertukar saluran dan aplikasi penstriman di dalam pek kandungan yang ditawarkan.
Perkhidmatan ini turut dibuka kepada semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tidak melanggan jalur lebar Unifi. Namun, pelanggan Unifi akan menikmati harga eksklusif dan lebih rendah untuk setiap pek yang ditawarkan.
Unifi TV juga akan menawarkan akses percuma selama 30 hari bermula 13 September hingga 12 Oktober kepada 73 saluran premium dan 15 aplikasi penstriman bagi pelanggan Unifi.
Sementara itu, bagi bukan pengguna Unifi, akses percuma kepada 19 saluran disediakan selama 30 hari dari 13 September hingga 12 Disember tanpa sebarang komitmen.
Aplikasi baharu Unifi TV 2.0 kini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.
Sempena pelancaran ini, Unifi TV turut memperkenalkan 13 pek hiburan baharu kepada semua rakyat Malaysia, dengan harga eksklusif untuk pelanggan Unifi dan bukan Unifi.
Antara pakej yang diperkenalkan termasuk Build-Your-Own Pack, yang menawarkan 16 saluran percuma dan kebebasan kepada pengguna untuk memilih sendiri saluran dan aplikasi penstriman kegemaran mereka, sekali gus memberikan lebih kawalan serta nilai untuk wang. Harga promosi bermula serendah RM16 sepanjang tempoh kempen.
Pakej untuk seisi keluarga turut disertakan seperti Wira, Ying Xiong, Veeran, dan Kids Pack, disusun khas bagi memenuhi cita rasa pelbagai segmen penonton. Bagi mereka yang inginkan pilihan menyeluruh, Super Star Pack menggabungkan semua saluran premium dan aplikasi penstriman utama dalam satu langganan.
Untuk maklumat lanjut dan akses percuma selama 30 hari, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Unifi TV di https://onelink.to/unifitv atau layari laman sesawang unifi.com.my/tv.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati akses percuma selama 30 hari aplikasi Unifi TV 2.0 yang boleh dimuat turun di https://onelink.to/unifitv.
Semua kandungan di dalam aplikasi Unifi TV 2.0 turut boleh distrim menerusi rangkaian Unifi Mobile, yang telah menerima pengiktirafan “Pengalaman Video Terbaik” oleh OpenSignal pada November 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial