EKONOMI

Belanjawan 2026 Dijangka Utamakan Penyatuan Fiskal, Pembaharuan Dan Tadbir Urus Baik - OCBC Bank

17/09/2025 07:44 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dijangka akan terus memfokuskan pada penyatuan fiskal walaupun menghadapi masalah luaran, kata OCBC Bank.

Bank itu dalam nota penyelidikan hari ini berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada tadbir urus fiskal, memodenkan kewangan awam menerusi teknologi dan meningkatkan inisiatif GovTech untuk memacu pembaharuan dan tadbir urus yang baik.

Ia menjangkakan objektif itu diterjemahkan kepada sasaran hasil, perbelanjaan dan defisit untuk Belanjawan 2026 seiring dengan sasaran fiskal jangka sederhana.

“Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) yang diluluskan di Parlimen pada 3 September, 2025, mengesahkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada di bawah tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) dan nisbah hutang awam kepada KDNK kepada di bawah 60 peratus menjelang 2030.

"Komitmen jangka sederhana ini telah ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA)," katanya.

OCBC Bank berkata ia melihat pertumbuhan hasil sebanyak 6-7 peratus tahun ke tahun, disokong kebanyakannya oleh kutipan hasil cukai, dijangka mengatasi pertumbuhan KDNK nominal, pada hampir 10 peratus tahun ke tahun.

"Unjuran pertumbuhan KDNK 2026 kami adalah 3.8 peratus tahun ke tahun daripada 3.9 peratus pada 2025. Kami menjangkakan pertumbuhan hasil disokong oleh pembaharuan yang dilakukan setakat ini termasuk perluasan asas cukai jualan dan perkhidmatan serta penggunaan penuh e-invois melibatkan semua syarikat.

"Usaha berterusan ke arah pendigitalan dan penambahbaikan kecekapan akan meningkatkan kutipan hasil," katanya.

Dalam pada itu, OCBC Bank juga menekankan bahawa kerajaan menyatakan ia akan memperkenalkan cukai karbon pada 2026 dalam Belanjawan 2025.

OCBC Bank also highlighted that the government said it would introduce a carbon tax in 2026 in the previous Budget 2025.

"Memandangkan tumpuan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam, kenaikan tambahan mungkin akan dikenakan terhadap produk seperti alkohol dan tembakau. Kadar cukai yang lebih tinggi untuk produk ini boleh digunakan untuk memberi subsidi silang keutamaan penjagaan kesihatan," katanya.

Bank itu juga berkata kerajaan tidak mungkin memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2026 berikutan cabaran luaran.

"Bagaimanpun, jika ia dilaksanakan, kami akan melihatnya sebagai perkembangan positif," tambahnya.

Mengenai rasionalisasi subsidi, bank itu menjangkakan kerajaan akan meneruskan pendekatan subsidi bersasar.

"Maklumat lengkap mengenai rasionalisasi RON95 dijadual diumumkan pada akhir September 2025, ia akan menentukan tahap penjimatan fiskal dan kesan terhadap inflasi bukan hanya pada beberapa bulan akan datang tetapi pada 2026 juga," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan