Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan prestasi eksport yang kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak soya yang lemah memberi tekanan kepada sentimen pasaran.
“Kami menjangkakan harga akan berada pada paras sokongan melebihi RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,550 setan,” kata Ng kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat RM6 kepada RM4,414 setan, manakala kontrak November 2025, Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing menokok RM5 kepada RM4,450, RM4,475, dan RM4,487 setan.
Kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing bertambah RM4 kepada RM4,475 dan RM4,441 setan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 100,222 lot daripada 78,526 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 263,281 kontrak berbanding 263,070 kontrak sebelum ini.
Harga fizikal MSM untuk Oktober Selatan naik RM20 kepada RM4,440 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial