AM

Banjir: Jumlah Mangsa Dipindahkan Di Sabah Meningkat

14/09/2025 10:21 AM

KOTA KINABALU, 14 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 400 orang daripada 125 keluarga pagi ini, berbanding 391 orang daripada 126 keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan berkata mangsa di Penampang berkurangan kepada 247 orang daripada 74 keluarga, manakala di Beaufort meningkat kepada 153 orang daripada 51 keluarga.

Di Penampang, mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Kompleks Sukan Penampang (36 orang, enam keluarga), Dewan Huguan Siau (147 orang, 49 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (64 orang, 19 keluarga)

Sementara itu, semua mangsa di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir, dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, JPBN Sabah turut memaklumkan cerun di Jalan Donggongon Papar Spurs runtuh, menyebabkan Jalan Papar menuju ke Kota Kinabalu tidak boleh dilalui sepenuhnya.

JPBN turut memaklumkan cerun di Jalan Donggongon-Papar Spurs runtuh, menyebabkan laluan Papar-Kota Kinabalu tidak dapat dilalui sepenuhnya.

“Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif untuk ke Kota Kinabalu,” katanya.

Semakan Bernama mendapati laluan alternatif yang boleh digunakan ialah Jalan Papar-Kinarut-Lok Kawi.

JPBN juga memaklumkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dilanda banjir kilat lewat malam tadi antaranya Sembulan, Lido, Kolombong, Likas dan Manggatal susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Banjir kilat itu beransur pulih pagi ini selepas hujan berhenti, namun langkah berjaga-jaga masih diambil berikutan keadaan cuaca mendung.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan