DUNIA

China Menentang Keras Tindakan Israel Cabuli Kedaulatan Dan Keselamatan Wilayah Qatar

11/09/2025 03:42 PM

BEIJING, 11 Sep (Bernama-CMG) -- China menentang sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan dan keselamatan wilayah Qatar, dan menasihati  suatu negara kuasa besar supaya mengutamakan kedamaian dan kestabilan serantau, memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencantan senjata dan mengurangkan ketegangan serantau, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian.

Lin dalam satu sidang media di sini pada Rabu berkata, China mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Doha, ibu negara Qatar pada Selasa.

"Kami amat bimbang akan serangan berkenaan yang mungkin mengakibatkan situasi serantau menjadi lebih meruncing, dan kami tidak berpuas hati terhadap tindakan berkenaan yang sengaja menjejaskan rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza," kata beliau.

Lin menegaskan bahawa kedamaian Asia Barat tidak dapat diwujudkan melalui tindakan kekerasan.

China dengan tegas menyeru pelbagai pihak terlibat terutamanya Israel untuk meningkatkan usaha positif bagi meredakan pertempuran dan menyambung semula rundingan, dan bukan bertindak sebaliknya.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan