KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Sunway Bhd, iaitu Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) dan Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL), telah memperoleh sebidang tanah di Singapura daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Bandar Singapura (URA) untuk pembangunan kediaman bernilai S$623.91 juta (RM2.05 bilion).
Sunway berkata URA menganugerahkan tanah seluas 14,514.3 meter persegi di Chuan Grove dengan pajakan selama 99 tahun kepada SHRPL dan SDPL, berikutan kejayaan tender bersama oleh kedua-dua pihak.
Syarikat itu berkata Chuan Grove Pte Ltd, iaitu syarikat usaha sama dengan SHRPL dan SDPL masing-masing mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 65 dan 35 peratus, akan dilantik sebagai pemaju yang diluluskan untuk melaksanakan projek tersebut.
“Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan Sunway bermula tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2027 dan seterusnya,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
SDPL ialah anak syarikat milik penuh Sunway Holdings Sdn Bhd, sekali gus merupakan anak syarikat milik penuh Sunway.
Sementara itu, SHRPL ialah syarikat yang diperbadankan di Singapuran dan merupakan anak syarikat milik penuh Sing Holdings Ltd.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial