IPOH, 8 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi sungai sejak lima hari lepas, ditemukan terapung di Sungai Perak berdekatan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Teluk Sena, Seri Iskandar petang tadi.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Sazali Abu Bakar dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar yang mengetuai operasi berkata identiti Muhammad Nurman Mohd Nor, 27, disahkan bapanya di lokasi kejadian.
“Mayat ditemukan kira-kira enam kilometer dari lokasi dia disyaki terjatuh,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 2 petang dan operasi tamat 3.15 petang selepas mayat diserahkan kepada polis.
Muhammad Nurman dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 2 petang Rabu lepas, selepas memaklumkan bapanya ingin mandi sungai.
Operasi mencari dan menyelamat dimulakan selepas bomba menerima laporan kejadian pada 5.46 pagi Jumaat lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial