AM

Kepimpinan Anutin Penting, Kemudi Proses Demokrasi Thailand - PM Anwar

08/09/2025 03:59 PM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan rakan sejawatannya dari Thailand Anutin Charnvirakul amat penting ketika Thailand melangkah ke peringkat seterusnya dalam perjalanan demokrasi.

Anwar yang turut mengucapkan tahniah kepada Anutin atas pelantikannya berkata Thailand mempunyai peranan penting dalam menegakkan kestabilan serantau di ASEAN.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul kerana dipilih untuk menerajui Thailand pada masa penting ini.

"Malaysia berharap untuk meneruskan kerjasama erat dalam membangunkan sempadan yang dikongsi, memajukan perdagangan dan meningkatkan kebajikan rakyat,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Anutin, 58, yang merupakan ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand ke-32 pada Ahad, selepas menerima pengesahan diraja yang menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan