DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Dolar AS Mengukuh, Hasil Lebih Tinggi

04/09/2025 08:57 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis yang pada peringkat awal terjejas apabila pedagang teknikal mengesan keadaan terlebih beli setelah bacaan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) melebihi 70.

Seterusnya penurunan harga bertambah teruk apabila dana momentum meningkatkan tekanan jualan.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun paras penutupan mencadangkan penyatuan, pergerakan harga intra hari mencerminkan sesi dagangan yang jauh lebih tidak menentu.

“Emas sedang diuji oleh dua halangan utama iaitu hasil bon yang lebih tinggi dan dolar Amerika Syarikat yang terus menunjukkan daya tahan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata emas semerta mengakhiri sesi dagangan sedikit di bawah US$3,540 setiap auns, jauh daripada paras tertinggi rekod US$3,570 yang dilihat semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 sedikit menurun kepada US$3,552.5 setiap auns troy daripada US$3,553.70 setiap auns troy ketika ditutup pada Rabu.

Kontrak Oktober 2025 merosot kepada US$3,570.3 setiap auns troy daripada US$3,572.3 ketika ditutup pada Rabu, kontrak November 2025 sedikit rendah kepada US$3,587.1 daripada US$3,589.10 manakala kontrak Disember 2025 menyusut sedikit kepada US$3,607.5 daripada US$3,609.50 sebelumnya.

Kontrak Oktober 2025 berkurang kepada US$3,570.3 setiap auns troy daripada US$3,572.3 ketika ditutup pada Rabu, kontrak November 2025 sedikit mengecil kepada US$3,587.1 daripada US$3,589.10 manakala kontrak Disember 2025 merosot sedikit kepada US$3,607.5 daripada US$3,609.50 sebelumnya.

Pada masa yang sama, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada harga US$3,607.5 setiap auns troy daripada US$3,609.5 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 252 lot daripada 134 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 292 kontrak daripada 160 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal diniagakan pada harga US$3,556.20 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 3 Sept, 2025.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan