WASHINGTON, 7 Sept (Bernama-WAM) – Microsoft pada Sabtu mengumumkan bahawa sebahagian pengguna Azure mungkin mengalami kependaman lebih tinggi susulan beberapa kabel fiber optik dasar laut terputus di Laut Merah, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Microsoft berkata pengguna Azure mungkin berdepan gangguan lebih ketara apabila trafik dari Timur Tengah berpunca atau berakhir di Asia atau Eropah, menurut kemas kini status kesihatan perkhidmatan syarikat itu.
Beberapa kabel fiber optik dasar laut di Laut Merah mengalami kerosakan serentak pada 6 Sept, sekali gus menjejaskan trafik Internet dan komunikasi global. Walaupun kesambungan masih tersedia, pengalihan semula laluan telah menyebabkan kependaman meningkat dan kesesakan di beberapa laluan utama.
“Gangguan kabel fiber dasar laut mengambil masa untuk diperbaiki; justeru, kami akan sentiasa memantau, mengimbangi semula dan mengoptimumkan penghalaan bagi mengurangkan kesan kepada pelanggan buat sementara waktu. Kami akan terus menyediakan kemas kini harian, atau lebih awal jika keadaan berubah,” menurut Microsoft.
-- BERNAMA-WAM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial