KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd (IOIPG), iaitu Fortune Premiere Sdn Bhd telah melengkapkan terbitan ketujuh sukuk murabahah berjumlah sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal di bawah program nota jangka sederhana Islam pelbagai mata wang sedia ada sehingga RM3 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata terbitan terbaharu itu terdiri daripada tiga bahagian.
Bahagian 9 mempunyai nilai nominal RM150 juta, tempoh selama tujuh tahun dan kadar keuntungan 3.79 peratus.
Bahagian 10 pula mempunyai nilai nominal RM300 juta, tempoh 10 tahun dan kadar keuntungan 3.85 peratus.
Sementara itu, bahagian 11 mempunyai nilai nominal RM550 juta, tempoh 15 tahun dan kadar keuntungan 4.04 peratus.
IOIPG berkata hasil yang diperoleh daripada terbitan itu akan digunakan oleh syarikat dan anak syarikatnya untuk tujuan patuh syariah, termasuk perbelanjaan modal, keperluan modal kerja, pembiayaan semula pinjaman sedia ada, dan tujuan korporat am.
Pengurus utama bersama bagi terbitan ketujuh ialah AmInvestment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd, dan RHB Investment Bank Bhd.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial