AM

KPT Ambil Langkah Proaktif, Bawa Pulang Pelajar Jika Demonstrasi Indonesia Meruncing

03/09/2025 08:51 PM

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil langkah proaktif termasuk membawa pulang pelajar Malaysia sekiranya rusuhan di beberapa wilayah di Indonesia semakin meruncing.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di negara itu sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memantau keadaan semasa.

Beliau berkata ketika ini terdapat sebanyak 1,200 pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara jiran berkenaan. 

 "Sudah tentu kalau keadaan meruncing, maka menjadi kewajipan kita untuk mengambil langkah-langkah proaktif (termasuk membawa pulang).

"Malah, ketika ini pun sebenarnya kita membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar," katanya pada sidang media selepas merasmikan “Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 (DICE 3.0)” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Fadzli Adam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan