KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pasukan khas itu bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum dibentang dalam Konvensyen Melayu Bandar pada hujung September ini.
“Konvensyen Melayu Bandar bakal melibatkan kempimpinan tertinggi UMNO daripada negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia, parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan masyarakat sivil.
“Resolusi konvensyen ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri sebelum ini menegaskan bahawa RUU PSB perlu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada projek pembinaan semula kediaman selesa untuk kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial