KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mengesahkan telah membuka cawangan pertamanya di China, yang terletak di Fuzhou, Wilayah Fujian pada 31 Ogos lepas.
Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini telah mengesahkan laporan media yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan mengenai pengembangannya ke luar negara.
Cawangan prototaip juga akan ditubuhkan di Fuzhou, dengan rancangan untuk pengembangan secara beransur-ansur di bandar itu.
"Penubuhan cawangan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025," kata syarikat itu.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial