Daripada Narizah Hanim Mohamed
BUSAN (Korea Selatan), 28 Ogos (Bernama) -- Seramai 50 rakyat Malaysia yang menetap di bandar ini menghadiri majlis anjuran Kedutaan Besar Malaysia bagi menyemarakkan semangat kebangsaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Program berkenaan turut disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Korea Selatan sehingga esok.
Perhimpunan itu menghimpunkan pelbagai lapisan rakyat Malaysia termasuk pelajar, tenaga profesional dan keluarga yang menetap di Busan serta kawasan sekitar.
Ketika ini, seramai 1,204 warga Malaysia direkodkan menetap di Korea Selatan.
Dalam ucapannya, Fadillah menegaskan peranan penting rakyat Malaysia di perantauan sebagai wakil negara.
“Tuan-tuan adalah duta kepada negara kita. Sama ada bekerja, berkeluarga atau belajar, tuan-tuan membawa imej Malaysia untuk diperkenalkan kepada masyarakat tempatan, termasuk dari segi budaya, cara hidup serta bagaimana kita menyesuaikan diri di Korea,” katanya.
Beliau turut bertukar pandangan dengan diaspora mengenai pemerintahan Malaysia, perkembangan sektor tenaga serta aspirasi mereka terhadap masa depan negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial