SUKAN

Sukan SEA 2025: MTBC Sasar Dua Emas Di Thailand

28/08/2025 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan dua pingat emas daripada keseluruhan enam acara disertai skuad negara di Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.

Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata sasaran tersebut selepas nama-nama besar seperti Muhammad Rafiq Ismail, Natasha Mohamed Roslan dan Sin Li Jane disahkan mengetuai cabaran negara di samping pemain pelapis.

"Bagi pemain lelaki dibarisi Muhammad Rafiq, Muhammad Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Tsen Fan Yew.

"Manakala pemain wanita dibarisi Li Jane, Natasha, Adania Mohd Redzwan dan Nur Hazirah Ramli," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, persembahan pemain pelapis dinamakan telah membuktikan kemampuan meyakinkan untuk berada dalam senarai ke temasya dwitahunan itu.

Untuk rekod, kali terakhir tenpin boling dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 di Manila menyaksikan Malaysia membawa pulang dua pingat menerusi Timmy Tan (inidvidu lelaki) dan berpasukan lelaki.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan