AM

Bekalan Telur Ayam Stabil, Pengeluaran Melebihi Permintaan - KPKM

28/08/2025 10:44 AM

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan bekalan telur ayam di pasaran kekal mencukupi dan stabil, malah pengeluaran tempatan kini melebihi permintaan domestik.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan penstrukturan semula subsidi telur berkuat kuasa 1 Ogos lepas, pihak industri dari semasa ke semasa akan menyemak dan menyelaras harga jualan di pasaran terbuka berpandukan kepada data pengeluaran semasa.

"Proses pelarasan harga ini adalah sebahagian daripada mekanisme pasaran terbuka, namun tidak menjejaskan jaminan bekalan telur untuk pengguna," menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan tinjauan mendapati bekalan telur Gred A, B dan C masih stabil dan boleh dibeli di pasar raya, manakala bekalan telur Gred Khas dengan harga mampu milik turut tersedia dalam kuantiti  munasabah.

"KPKM juga akan meneruskan pemantauan terhadap data pengeluaran telur termasuk meneruskan inisiatif Jualan Agro MADANI bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan harga dan tindakan tegas akan diambil di bawah undang-undang sedia ada sekiranya berlaku sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi serta kenaikan harga yang tidak munasabah,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan