DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

26/08/2025 09:53 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih lemah dan jangkaan pengeluaran lebih tinggi pada minggu-minggu akan datang, kata seorang peniaga. 

Pedagang minyak sawit David Ng berkata pasaran berada dalam tekanan apabila peniaga meletakkan harga dalam jangkaan peningkatan pengeluaran, yang boleh menjejaskan harga pada masa akan datang.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,580 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan September 2025 menyusut RM16 kepada RM4,397 setan, manakala kontrak Oktober 2025 dan November 2025 merosot RM22 masing-masing kepada RM4,440 per tonne dan RM4,470 setan.

Kontrak Disember 2025 berkurang RM23 kepada RM4,489 setan, Januari 2026 turun RM24 kepada RM4,492 setan, dan Februari 2025 susut RM20 kepada RM4,477 setan. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 46,894 lot daripada 43,615 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 252,058 kontrak daripada 249,263 kontrak. 

Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun RM30 kepada RM4,410 setan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan