SUKAN

Aznil Bidin Rangkul Emas Angkat Berat Komanwel

26/08/2025 09:49 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Atlet angkat berat negara Muhammad Aznil Bidin mencipta sensasi apabila menjuarai kategori 65 kilogram (kg) pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2025 di Ahmedabad, India, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Veer Savarkar, pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu mengungguli saingan selepas menyempurnakan angkatan keseluruhan berjumlah 297kg (snatch125kg, clean & jerk 172kg).

Kejayaan itu sekali gus mengatasi pencabar utama tuan rumah, Raja Muthupandi yang meraih perak, manakala Morea Baru dari Papua New Guinea membawa pulang gangsa.

Kejohanan berlangsung dari 24 hingga 30 Ogos ini turut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan