LABUAN, 21 Ogos (Bernama) -- Seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didenda RM48,000 di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 12 pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan berjumlah lebih RM336,000.
Fairuzul Fazillah Musa yang pernah bertugas di ATM Labuan didakwa di bawah Seksyen 471 dibaca bersama Seksyen 468 Kanun Keseksaan.
Dia didakwa menggunakan dokumen diketahui palsu sebagai tulen untuk membuat tuntutan Elaun Latihan Tempatan PSSTLDM (BAT E 39) dan Elaun Sagu Hati Tahunan PSSTLDM (BAT E 42 – Jan 2016) antara Januari 2015 hingga Februari 2016.
Tertuduh kemudian ditawarkan 12 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 471 dibaca bersama Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah pada 24 Jan 2025.
Hakim Jason Juga memerintahkan Fairuzul membayar denda RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan dia membayar jumlah keseluruhan denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Joe Randy Juster, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial