DUNIA

Rancangan Penempatan Israel Terang-terangan Langgar Undang-undang Antarabangsa - Setiausaha Luar UK

21/08/2025 05:18 PM

MOSCOW, 21 Ogos (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rancangan Israel untuk membina penempatan di Tebing Barat akan membahagikan Palestin kepada dua bahagian dan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, kata Setiausaha Luar United Kingdom (UK) David Lammy.

“UK mengecam keputusan Jawatankuasa Perancangan Tertinggi Israel pada hari ini yang meluluskan pelan penempatan E1. 

Jika dilaksanakan, ia akan membahagikan sebuah negara Palestin kepada dua, menandakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, serta secara kritikal menjejaskan penyelesaian dua negara. 

"Kerajaan Israel mesti menarik balik keputusan ini,” kata Lammy di platform X pada Rabu.

Menurut laporan penyiar Israel, Kan, jawatankuasa pentadbiran pendudukan meluluskan pembinaan 3,400 rumah di kawasan Mevaseret Adumim (E1), yang akan menghubungkan Baitulmuqaddis dan Maale Adumim, sekali gus menjejaskan keutuhan wilayah Palestin.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric, pada Rabu turut berkata PBB mengecam keputusan Israel untuk memperluas aktiviti penempatan haram di Tebing Barat dan menentang sebarang aktiviti penempatan di wilayah yang diduduki.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan