LAHAD DATU, 13 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menempatkan keperluan sumber manusia khususnya pegawai perubatan termasuk pakar di Hospital Lahad Datu dengan kadar segera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hospital itu, yang berstatus hospital pakar minor dengan 13 kepakaran biasa, memerlukan penambahan tenaga kerja bagi meningkatkan keberkesanan rawatan.
“Kita sudah mengenal pasti 13 pegawai dalam fasa pertama penempatan dan tujuh (lagi) kita akan tambah pada fasa kedua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau kini dalam lawatan kerja intensif selama tiga hari, yang berakhir esok, ke 22 fasiliti kesihatan membabitkan enam daerah di Sabah.
Zulkefly juga berkata kerja-kerja penambahbaikan Hospital Lahad Datu akan dilaksana di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
"Saya melihat sendiri keretakan di wad bersalin dan saya mengambil perhatian segera... hal ini telah kita masukkan dalam RMK13 untuk kita segera baik pulih kerana pada saya, ia adalah mustahak... saya tidak boleh bertolak-ansur dengan perkara ini.
"Selain itu, beberapa fasiliti uzur turut dikenal pasti dan perlu dibaik pulih segera demi keselamatan pesakit serta warga kerja hospital," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial