KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut, yang dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.
“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2025 bermula 21 hingga 27 Ogos 2025, pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang,” menurut kenyataan itu.
Semakan keputusan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang myresultspmu.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran kemudian dihantar ke 15888.
“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial