AM

PKS Perlu Utamakan Keselamatan Siber Untuk Kekalkan Kepercayaan Pelanggan - Wilson Ugak

19/08/2025 06:19 PM

KUCHING, 19 Ogos (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran untuk mengutamakan keselamatan siber seiring dengan kepesatan pembangunan digital.

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata PKS bertanggungjawab untuk melindungi data sulit bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan dan keselamatan operasi.

“Bagi mendepani cabaran ini, CyberSecurity Malaysia di bawah Kementerian Digital juga telah menubuhkan Akademi Keselamatan Siber untuk memperkukuh daya tahan siber negara dan mengatasi kekurangan bakat melalui latihan khusus,” katanya semasa berucap di majlis perasmian CTOS SME Biz Day 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata PKS juga disaran menggunakan data sebagai panduan membuat keputusan.

“Analisis data membolehkan PKS memahami tabiat pelanggan, trend pasaran serta prestasi operasi. PKS juga boleh memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membuka peluang luas buat PKS.

“Transformasi digital bukanlah perjalanan yang mudah tetapi dengan ketabahan, inovasi dan kerjasama kita mampu mencapai kejayaan luar biasa,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan