Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan positif berikutan kebimbangan mengenai kekurangan bahan mentah getah asli di negara pengeluar utama, Thailand disebabkan ramalan cuaca buruk, kata peniaga.
Beliau berkata ringgit yang rendah berbanding dolar AS turut memberikan sokongan kepada komoditi itu hari ini.
“Sentimen pasaran juga dipacu oleh data jualan kenderaan di China yang menggalakkan dan optimisme yang meningkat terhadap kemungkinan penyelesaian konflik geopolitik di Eropah Timur.
“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah dan trend bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 10.0 sen kepada 736.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 2.0 sen kepada 572.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial