KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas para pelabur menunggu hasil pertemuan antara Presiden Donald Trump dan rakannya sejawatnya dari Russia, Presiden Vladimir Putin.
Pada penutup, bulan semerta Ogos 2025 jatuh kepada US$3,344.10 setiap auns troy berbanding US$ 3,358.20 yang dicatatkan semalam.
Kontrak September 2025 menurun kepada US$3,349.50 setiap auns troy daripada US$3,363.90, Oktober 2025 susut kepada US$3,378.90 setiap auns troy daripada US$3,393.0, dan November 2025 merosot kepada US$3,395.70 berbanding US$3,410.70 sebelum ini.
Manakala, Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 berakhir lebih rendah pada US$3,415.20 setiap auns troy daripada US$3,430.20 sebelumnya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada empat lot berbanding 20 lot yang disaksikan semalam, kepentingan terbuka pula, menguncup kepada 38 kontrak daripada 47 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 14 Ogos, emas fizikal ditetapkan pada US$3,343.85 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial