AM

Beberapa Dasar Dilaksana Tangani Ketidakseimbangan Pekerjaan Bernilai Tinggi - Sim

23/05/2025 04:56 PM

KLANG, 23 Mei (Bernama) -- Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk menangani ketidakseimbangan antara jumlah pekerjaan bernilai tinggi yang ditawarkan di pasaran buruh dengan bilangan lepasan institusi pengajian tinggi serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata antara dasar berkenaan ialah Kerangka Ekonomi MADANI dan dasar gaji progresif yang menjadi antara usaha untuk memastikan setiap graduan dan pekerja menerima imbuhan sewajarnya.  

"Kita ada lebih kurang 300,000 graduan universiti setiap tahun, campur lagi 100,000 lulusan TVET menjadikan jumlah 400,000 lulusan pendidikan tinggi setiap tahun … ,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 peringkat Zon Tengah di sini hari ini. 

Dalam masa sama, beliau turut menggalakkan golongan pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja supaya gaji atau imbuhan yang bersesuaian dapat dirunding secara baik bersama majikan. 

Semalam, media melaporkan lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini menerima gaji bulanan di bawah RM3,000 sekali gus memperoleh pendapatan 'cukup-cukup makan' tanpa ruang untuk menyimpan, melabur, atau meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Selain itu, lebih 70 peratus siswazah di negara ini didapati bekerja dalam sektor separa mahir dan tidak mahir.

Dapatan itu diperoleh melalui kajian dijalankan oleh Malaysia Labour Market Insight Series bertajuk ‘The Gaji Cukup Makan' Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk’.

-- BERNAMA 


 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan